Dr Maszlee Malik

PETALING JAYA – Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu telah memutuskan untuk meneruskan rancangan pengajaran seni khat di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pada tahun depan.

Sinchew Daily bagaimanapun turut melaporkan bahawa para murid mungkin dibenarkan untuk memilih mempelajari atau sebaliknya.

Kementerian Pendidikan dijangka mengubah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) bagi memastikan seni khat yang diajar di sekolah tidak akan dijadikan sebagai bahan peperiksaan.

Sumber memberitahu, Jemaah Menteri juga menurunkan kuasa sepenuhnya kepada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik untuk memberi kenyataan berkenaan isu itu.

Menurut sumber, mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah berbincang tentang isu pengajaran seni khat.

Seorang menteri dari DAP telah membangkitkan bahawa isu itu telah mewujudkan suara-suara tidak puas hati dalam masyarakat Cina.

“Seni khat bahasa Arab akan diajar pada tahun depan, tetapi para murid mungkin dibenarkan memilih untuk belajar atau sebaliknya. Hanya kenyataan Menteri Pendidikan dianggap paling benar.

“Kami telah berusaha menyelesaikan dan mengurangkan beban pelajar,” kata sumber itu.

Maszlee dijangka mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu.

Sementara itu, Sinchew Daily juga melaporkan bahawa penterjemahan “seni khat” oleh media berbahasa Cina sebagai “kaligrafi tulisan Jawi” adalah tidak tepat dan harus diterjemahkan sebagai “kaligrafi tulisan Arab” .

Menurut kenyataan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian , Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) yang dipetik Sinchew Daily, kemasukan kaligrafi tulisan Arab dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mungkin telah melanggar Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu, seni khat merupakan kaligrafi Arab yang mempunyai kaitan rapat dengan Islam kerana digunakan untuk menulis al-Quran dan hadis.

Keadaan itu bermakna pelajar yang mengamalkan agama bukan Islam masih perlu menerima pengajaran agama Islam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.