Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- AirAsia akan membatalkan beberapa penerbangan dari dan ke Kochi, India hari ini berikutan banjir dan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, kesemua penumpang yang terjejas akan dimaklumkan menerusi emel dan SMS.

“Para penumpang yang terbang dari/ke Kochi pada tarikh tersebut dinasihatkan untuk memeriksa emel dan nombor telefon yang telah didaftarkan bagi mendapat makluman mengenai pembatalan penerbanga.

“AirAsia akan terus memantau keadaan cuaca dan memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette