Mohd Idzzuan Sharanibercakap kepada media mengenai anaknya, Idzyraf Alsheeraz yang menghidap penyakit biliary atresia (penyakit hati kronik) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Universiti Perubatan Shanghai Jiao Tong dan Universiti Malaya di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak menyangka anak lelaki tunggalnya yang mengalami masalah hati tidak berfungsi berjaya diselamatkan dalam satu pembedahan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mohd Idzzuan Sharani, 30, yang merupakan seorang jurutera bersyukur meskipun pada awalnya pembedahan dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) menemui kegagalan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak HKL mencadangkan kepadanya agar membawa anak lelakinya itu ke PPUM bagi mendapatkan rawatan di sana ekoran pusat perubatan itu ada melakukan kerjasama dengan sebuah hospital pakar di China untuk rawatan berkenaan.

MGF09082019_MoU Fakulti UM_19
Mohd Idzzuan Sharani bercakap kepada media mengenai anaknya, Idzyraf Alsheeraz yang menghidap penyakit biliary atresia (penyakit hati kronik) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Universiti Perubatan Shanghai Jiao Tong dan Universiti Malaya di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OGOS 2019

Menceritakan pengalamannya, Mohd Idzzuan berkata, anak lelakinya dilahirkan secara pramatang iaitu dalam tempoh kandungan 36 minggu.

Pada mulanya beliau berkata, doktor mengesan ada sesuatu yang tidak kena terhadap bayi yang dikandung isterinya ekoran berat mengikut timbangan tidak bertambah.

Katanya, isterinya kemudian dibawa berjumpa dengan doktor pakar bagi tujuan pengesahan.

Hasil daripada pemeriksaan doktor tersebut mendapati isterinya perlu melahirkan anak yang dikandungnya dengan kadar segera bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Selepas kelahiran, Mohd Izzuddin berkata, doktor mengesan anaknya menghidapi ‘jaundis’ (sakit kuning) dan kemudian membawa bayi itu berjumpa doktor pakar di Hospital Selayang untuk dibuat pemeriksaan darah.

Hasil daripada rawatan tersebut doktor di hospital itu pula mendapati bayinya mengalami masalah Bilary Atresia (penyakit hati kronik) yang dirujuk HKL untuk rawatan lanjut.

Pihak hospital kemudiannya memberi cadangan agar dia membawa anakya ke PPUM untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan.

“Kini selepas pembedahan setiap bulan dia akan ambil ubat dan ia akan berterusan sepanjang hidupnya. Dia juga tidak boleh terdedah kepada orang awam.

“Saya dan isteri dah cuba yang terbaik untuknya dan kini kami hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah,” katanya.

Tambahnya, meskipun dia dan isterinya kini terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi untuk menjaga anaknya itu namun, rintangan itu terpaksa dihadapi dengan redha.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dr Kamila Ghazali berkata, penyelidikan bersama dengan Shanghai Jiao Tung University School of Medicine (SJTUSM) dalam bidang pembedahan pemindahan hati ini sangat penting dan ia akan diteruskan.

MGF09082019_MoU Fakulti UM_15
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Dr. Kamila Ghazali bercakap pada sidang media pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Universiti Perubatan Shanghai Jiao Tong dan Universiti Malaya di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OGOS 2019

Ujarnya, SJTUSM merupakan universiti perubatan terbaik di China buat masa ini dan Hospital Renji merupakan hospital pengajaran mereka.

Katanya, hubungan antara SJTUSM dengan Hospital Renji adalah sama seperti perhubungan di antara Fakulti Perubatan UM dan PPUM.

Tambah beliau, menerusi memorandum persefahaman yang ditandatandangi hari ini PPUM akan menjalinkan kerjasama eerat dalam bidang berkenaan untuk masa masa selama tahun.

Beliau yakin kerjasama erat yang dijalinkan itu akan berkekalan dalam tempoh yang lebih panjang kerana ia membawa manfaat yang besar dalam bidang perbuatan hati. – MalaysiaGazette