KUALA LUMPUR – Lensa MalaysiaGazette hari ini tertumpu kepada satu entri milik Navy The Best di Facebook.

Tiga gambar yang dimuatnaik oleh pemiliknya membuatkan kami sebak dengan keadaan para perwira di sana untuk menyambut Aidiladha, esok.

FB_IMG_1565404618608

Entri itu menyebut aktiviti menghantar bungkusan Aidiladha kepada Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sana boleh disifatkan sebagai paling mencabar.

Oleh kerana laut yang bergelora, kapal KD Kelantan tidak dapat merapat ke jeti berkenaan.

“Alternatif digunakan ialah memindah barangan tersebut mengunakan tali tanpa bot perlu merapat jeti pulau.

“Semoga Allah sentiasa merahmati wira kita yg bertugas di perbatasan, No man left behind!!! (Tiada yang tertinggal)),” tulis pemilik Facebook Navy The Best.

FB_IMG_1565404612855

Paling menarik perhatian, keadaan daif jeti pulau berkenaan yang disifatkan tidak selamat langsung untuk digunakan.

Seorang pelayar Facebook, Nur berkata beliau sebak dengan perkembangan itu.

“Tak tahu kenapa setiap kali tgk ini terus jatuh airmata.rasa sebak dlm bangga. Syabas & tahniah wahai perwira.

“Kami amat bangga dgn kalian, terima kasih yg tak terhingga ats kemuliaan bakti saudara kami dpt tidur lena. Teruskan berjuang mencurahkan bakti terpuji wahai suamiku,abgku & semua perwira tanah air,” katanya di ruang komen.

Sementara itu menurut Kamazaman Mat Zain, penghantaran bekalan makanan selalunya menggunakan helikopter, namun disebabkan cuaca yang tidak menentu, maka jalan paling selamat adalah dengan menggunakan kapal.

“Kepade yg xthu….sbenarnya mmg pnhantaran mkn dn bekalan melalui helikoptr…nmun apbila keadaan cuaca buruk ombk brgelora….mka pnhntaran trsebut mlalui jln laut….mmg kat sana keadaan cuace tdak mnentu,” jelas beliau.

Pulau Perak terletak kira-kira 60 batu nautika barat daya Langkawi dan 70 batu nautika barat laut Pulau Pinang.

Pulau yang mempunyai tebing curam yang berketinggian lebih 100 meter ini adalah daratan terhujung barat Semenanjung di perairan Selat Melaka. -MalaysiaGazette