Foto Sky Sports

ALKMAAR, BELANDA – Sebahagian bumbung Stadium AZ runtuh akibat dilanda angin kencang semalam.

Struktur bumbung itu menunjukkan bahagian yang rosak itu menimpa tempat duduk penonton.

Stadium dengan kapasiti 17,000 itu dibina pada 2006.

Kelab AZ itu mengesahkan kejadian tapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengurus Besarnya, Robert Eenhoorn memberitahu kejadian yang berlaku itu amat  mengejutkan kita semua namun lega tidak melibatkan kecederaan.

“Dalam masa terdekat ini kita akan memanggil pakar untuk menilai kerosakan.

“Tiada perlawanan bola sepak dilangsungkan di stadium ini jika keadda disahkan tidak selamat,” katanya.

Kelab AZ dijadual menentang Mariupol dalam aksi kelayakan Liga Europa Khamis ini dan diikuti berdepan Groningen dalam Liga Eredivisie Belanda tiga hari kemudian di stadium yang sama. – MalaysiaGazette