Peguam, Siti Kasim

KUALA LUMPUR – Wujud pihak yang menjadi dalang untuk mencetuskan isu berhubung penukaran agama sebelah pihak.

Justeru peguam konteversi Siti Kasim menggesa pihak tersebut untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

Ini kerana, katanya, keputusan sebelum ini bahawa anak berumur 18 tahun untuk menukar agama melibatkan ibu dan bapa adalah muktamad seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Siapa juga di belakang isu ini, baik diam sahaja dan jauhkan diri sebelum isu ini semakin teruk.

“Tiada penukaran agama sebelah pihak. Ia muktamad,” katanya menerusi Twitter.

Isu ini timbul apabila Menteri Besar Amirudin Shari baru-baru ini mengusulkan pindaan enakmen negeri dibuat menerusi rang undang-undang untuk membenarkan penukaran agama anak bawah umur secara sebelah pihak dipinda.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ng Suee Lim walaubagaimanapun menghalang pembentangan pindaan itu dengan memendekkan persidangan baru-baru ini.

Pada masa ini, enakmen itu berbunyi bahawa individu di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan tersebut bertujuan menukar perkataan tersebut kepada “ibu atau bapa.”

Untuk rekod, Perlembagaan Persekutuan juga merujuk “ibu atau bapa” berkenaan persetujuan untuk penukaran agama, tetapi mahkamah tertinggi tahun lepas membuat keputusan penting dalam kes M Indira Gandhi bahawa perlembagaan tidak boleh ditafsirkan secara literal dan kebenaran kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama di bawah umur.-

DAP Selangor telah menegaskan tidak akan menyokong usul yang dibawa oleh Amirudin. -MalaysiaGazette