SEOUL – Pyongyang memberi kata dua kepada Korea Selatan supaya menghentikan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) jika mahu rundingan di antara kedua-dua negara di Semenanjung Korea diteruskan.

Agensi melaporkan, tidak akan ada sebarang rundingan seandainya latihan ketenteraan itu diteruskan selepas ini.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Amerika Kementerian Pertahanan Korea Utara, Kwon Jong Gun berkata, Korea Selatan disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana melakukan gesaan untuk menghentikan ujian berpandu mereka yang semakin agresif sejak baru-baru ini.

Jelas Jong Gun, adalah menjadi hak serta kemahuan mereka untuk mempertahankan negara apabila diancam bahaya dan anasir luar seperti itu.

“Korea Selatan tidak sedar bahawa mereka sendiri mengadakan latihan ketenteraan yang secara jelas meletakkan kami sebagai musuh.

“Mereka patut fikir yang rundingan dalaman antara kedua-dua Korea ini sukar dilakukan, melainkan jika latihan ketenteraan itu dihentikan,” ujarnya.

KimJongUnSemalam waktu tempatan, Korea Utara telah kembali membedil dua lagi peluru berpandu ke laut  yang merupakan pelancaran kelima sejak beberapa minggu lalu.

Peluru berpandu itu dipercayai jarak sederhana.

Jika ia menggunakan peluru berpandu tersebut, ia mengesahkan pelanggaran resolusi 11 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peluru berpandu itu dibedil selepas Presiden Donald Trump berkata beliau menerima ‘surat sangat cantik’ daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Trump mendedahkan Kim tidak senang dengan latihan ketenteraan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dengan Korea Selatan.-MalaysiaGazette