Jose Mourinho

LONDON – Stesen televisyen sukan terkenal, Sky Sports berjaya  mendapatkan Jose Mourinho sebagai pengulas terbaharu mereka.

Menariknya, tugasan pertama untuk The Special One adalah melibatkan perlawanan di antara 2 bekas kelabnya iaitu Manchester United dan Chelsea, yang akan berlangsung di Old Trafford pada hujung minggu.

Bekas pengurus Manchester United itu pernah menjadi pengulas ketika Piala Dunia 2018 serta Liga Juara-Juara pada musim lalu

Dia juga pernah bekerjasama dengan bekas seterunya di tepi padang, Arsene Wenger di BeIN untuk analisis.

Mourinho berkata Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah pertandingan yang istimewa untuk dirinya kerana menuntut kerja keras tinggi untuk mencapai kemenangan.

“Sky Sports adalah rumah kepada EPL. Saya amat berbesar hati untuk menyertai pasukan mereka, membantu pasukan di sini dan memahami serta menjelaskan apa yang berlaku di dalam perlawanan.

“Bola sepak ini satu kecintaan yang besar, dan ia sangat bermakna untuk para penyokong. Saya sudah tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada EPL bersama mereka, sehinggalah saya kembali ke tempat saya di tepi padang,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.