David Silva

LONDON – Manchester City memilih David Silva sebagai kapten baharu kelab tersebut bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris 2019/2020.

Pengurus Pep Guardiola berkata, Silva yang menggantikan Vincent Kompany akan dibantu Fernandinho dan Kevin De Bruyne.

“David adalah pemain yang berbeza daripada Vincent Kompany tetapi dia akan menjadi kapten yang hebat.

“Dia sudah lama kelab ini, liga dan mempunyai perasaan hormat yang tinggi,” ujar Guardiola memetil laporan Eurosports.

Silva sebelum ini mengumumkan dia akan meninggalkan kelab pada musim depan setelah 10 tahun berada di Stadium Etihad.

Sementara itu, Guardiola turut memberitahu Leroy Sane akan berehat sehingga Mac ini kerana mengalami kecederaan pada aksi Piala Komuniti yang menyaksikan mereka menang ke atas Liverpool Ahad lalu.

Sementara itu, aksi pertama Liga Perdana Inggeris menyaksikan City membelasah West Ham 5-0 di tempat lawan. – MalaysiaGazette