KUALA LUMPUR – Westlife yang mengadakan konsert di negara sempena The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ baru-baru ini, mengambil kesempatan merayu orang ramai membantu mencari Nora Anne Quorrin.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Nicky Bryne berkata, mereka terkejut dengan kehilangan remaja 15 tahun itu baru-baru ini.

Mereka turut berkongsi berita itu menerusi Instagram.

“Kami berharap Nora Anne akan ditemui segera dan kepada sesiapa yang ada maklumat mengenainya maklumkan kepada pihak berkuasa.

“Saya pasti mereka akan menghargai segala bantuan daripada kamu. Terima kasih Malaysia,” katanya di hadapan lebih kurang 7,000 penonton konsert kumpulan itu di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam baru-baru ini.

Hari ini memasuki hari ke lapan kehilangan Nora Anne dan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Untuk rekod, remaja itu tiba di sebuah resort di Nilai pada Sabtu yang lalu untuk bercuti dua minggu bersama ibu bapanya.-MalaysiaGazette