Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha di Burundi.

Foto EZ Qurban

BURUNDI – Suasana Hari Raya Aidil Adha di sini semalam meriah apabila seawal pukul 7.30 pagi, kebanyakan masjid di sini mula dipenuhi ribuan jemaah untuk menunaikan solat sunat beramai-ramai.

Walaupun ia bukan sebuah negara Islam, namun jumlah penduduknya yang beragama Islam dilaporkan semakin bertambah setiap tahun.

Paling menarik, rata-rata remaja dan belia di sini mengenakan pakaian yang ranggi, stailo dan berwarna-warni seolah-olah hendak ke majlis keramaian ketika hendak menunaikan solat sunat tersebut.

RANGGI1
Tampil bergaya menunaikan solat Aidiladha.

Bagi mereka, Hari Raya Aidil Adha adalah hari kebesaran dalam kalendar Islam yang mesti disambut lebih meriah berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain jemaah yang berpakaian seperti artis Hollywood, imam mereka pula mengenakan kain ihram  menjadikan suasana masjid di sini penuh ‘warna’ dan ceria.

RANGGI4
Ceria bersama rakan-rakan meraikan kehadiran Aidiladha.

Sebaik sahaja selesai solat sunat, jemaah yang hadir mengambil kesempatan untuk berpelukan, bersalaman sesama mereka.

Turut kelihatan ramai yang mengambil kesempatan dengan mengambil upah merakamkan  foto untuk mereka yang ingin mengabadikan kenangan di pagi raya.

Lain padang, lain belalang.

RANGGI6
Menunaikan solat Aidiladha di ruang terbuka mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam di Burundi.

– MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.