Hasan mengucup kepala wartawan MalaysiaGazette Radzuan Hassan.

MINA – Namanya Hassan Ahmad dan seorang warga Palestin.

Bekerja di Kem Ayman Akbar – salah satu maktab mutawif untuk jemaah haji Asia Selatan di sini, dia sangat menghargai jemaah dari Malaysia dan Indonesia.

Baginya, sumbangan kedua-dua negara itu sangat bermakna kepada rakyat Palestin selama ini.

“Malaysia bagus,” katanya dalam bahasa Melayu sambil turut mengenali dan mengkagumi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

hasan crop

Dalam pada itu, Hassan akan mengucup kepala jika seseorang jemaah haji itu berasal dari Malaysia yang menetap di kemnya semasa ritual haji melontar jamrah.

Begitu juga sekiranya berjumpa dengan jemaah dari Indonesia, dia akan memeluk erat sebagai tanda menghargai sumbangan terhadap rakyatnya.

Walaupun sudah puluhan tahun bekerja dan menetap di Arab Saudi namun jati dirinya tetap bersama rakyat Palestin lain termasuk menghargai sesiapa sahaja yang membela negaranya daripada dikuasai rejim zionis, Israel.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.