KUALA LUMPUR – Demi kelangsungan hidup, pelakon Ashraf Sinclair mendedahkan pernah makan di majlis kenduri hanya kerana mahu mengisi perut.

Kejadian yang berlaku sebelum berkahwin dengan Bunga Citra Lestari itu dikongsikannya kepada media di Indonesia baru-baru ini.

“Setiap orang tentu punya pengalaman pahit manis dalam hidup.

“Saya pernah pergi ke majlis perkahwinan bukan untuk meraikan pasangan pengantin tetapi kerana mahu makan,”katanya.

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 39, berkahwin dengan BCL, 36 pada 2008.

Kemudian dia memilih untuk berhijrah ke Jakarta dan meneruskan kerja seni dan perniagaannya di sana.

Malah Ashraf selain itu menambah pernah bekerja sebagai pelayan restoran kerana enggan bergantung kepada keluarga.

“Ketika bekerja di restoran, saya hanya mempunyai tabung duit syiling,” katanya.-MalaysiaGazette