Dong Zong

KUALA LUMPUR – Pemimpin bukan Melayu dan Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) yang membantah penggunaan tulisan Jawi dituntut membuat permohonan maaf.

Menurut Ketua Wirawati Putra Malaysia, Dr Asmah Razali, orang Melayu berhak menerima permohonan maaf kerana sifat toleransi yang ditinggi, meskipun pelbagai provokasi dan penghinaan dibuat sejak kerajaan mengumumkan keputusan baru-baru ini.

“Sudah sampai masanya Dong Zong serta para pemimpin bukan Melayu yang begitu lantang membangkang kehadiran seni penulisan jawi menzahirkan ucapan maaf kepada rakyat Malaysia dengan menjadi lebih bertolak ansur & tidak terlalu sombong.

“Segala penghinaan, provokatif terhadap seni penulisan khat Jawi mahupun agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia adalah satu penghinaan yang melampaui batas norma perpaduan. Ini tidak langsung patut diterima,” katanya.

Katanya, golongan bukan Melayu yang membantah sepatutnya perlu sedar sistem pendidikan vernakular diwujudkan kerana ihsan, justeru tidak patut ada sifat sombongan dengan menolah warisan Melayu yang ingin dimartabatkan oleh kerajaan.

Sekalipun ada yang fobia terhadap Islam namun ianya tidak harus wujud sebagai hujah menentang inisiatif kerajaan kerana Islam adalah agama persekutuan yang telah diketahui umum.

“Sebab utama Kewujudan vernakular di dalam serpihan pendidikan Malaysia hanyalah ingin menjaga hati, warisan, bahasa & budaya kaum yang dtg ke Malaysia supaya tidak lapuk ditinggal zaman.

“Mengapa Malaysia serta orang-orang Melayu yang sekian lama bertolak-ansur dan berhemah dengan warisan dan budaya lain boleh bertoleransi dengan segala sistem vernakular tetapi sebuah kumpulan minoriti dengan sombongnya boleh menolak mentah mentah warisan budaya.

“Islamofobia juga tidak sesuai dijadikan alasan bertentangan dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk berkaitan isu tulisan khat dan Jawi di sekolah.

Perdana menteri berkata, kumpulan itu juga sebelum ini membantah penubuhan Sekolah Wawasan.

Semalam Ahli Parlimen DAP Wong Shu Qi (Kluang) mengaku menggunakan contoh penerbitan buku lucah dengan tulisan Jawi.

Sebelum itu Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng juga dilaporkan sebagai berkata menyamakan seni khat dengan tahi lembu. Namun beliau kemudiannya berkata, berita yang disiarkan Harakahdaily itu sebagai berniat jahat.-MalaysiaGazette