Neymar

SEPANYOL – Lionel Messi secara peribadi mendesak Neymar supaya menolak tawaran Real Madrid.

Sebaliknya bintang antarabangsa Argentina itu menasihatkan penyerang Brazil itu supaya berusaha untuk kembali ke Nou Camp, kata laporan di Sepanyol.

Naymar sudah membuat ketetapan untuk meninggalkan Paris Saint Germain sebelum jendela perpindahan musim panas menutup tirai di Eropah.

Gergasi Ligue 1 Perancis itu kini dikatakan bersedia melepaskan pemain itu bergaji 700,000 pound seminggu itu untuk kembali ke La Liga.

Hirarki Barcelona difahamkan sudah bersedia untuk berjumpa dengan pengurusan tertinggi PSG Selasa untuk membincangkan mengenai pembelian Neymar.

The Catalans dikatakan bersedia menawarkan Philippe Coutinho sebagai menggantikan Naymar.

Presiden Real Madrid Florentino Perez juga merupakan peminat besar Naymar dan beberapa percubaannya untuk mengikat khidmat bintang berusia 27 itu sebelum ini gagal.

Namun selepas gagal dalam misi membawa masuk bintang tengah Manchester United, Paul Pogba, Perez kini berhajat merekrut Neymar ke Stadium Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun menurut laporan terbaharu di Sepanyol, Messi dikatakan secara peribadi menghubungi Naymar dan menasihati supaya tidak melayan tawaran Los Blancos.

Messi difahamkan mahu bekas rakan sepasukan itu kembali ke kelab itu.

Naymar pernah menghabiskan empat musim bersama Messi di Barcelona dan menjuarai dua gelaran La Liga, Liga Juara-juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Menyedari situasi di PSG, penyokong kelab itu mempamerkan banting tertera perkataan ‘berambus’ sebagai merujuk kepada Naymar.

Namun, Presiden PSG Thomas Tuchel mahu Naymar kekal di Le Parc des Princes.- MalaysiaGazette