Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro

MINA – Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah telah membawa 1.087 juta jemaah haji dalam tempoh 45 jam.

Saudi Railways Company (SAR) yang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Serantau Makkah berkata, pengangkutan itu membawa jemaah haji dalam beberapa peringkat termasuk melontar di Jamrah Al-Aqabah.

Penyelaras metro itu, Muhammad Fida berkata, laluan pertama bermula pada pukul 4 pagi pada 7 Dzulhijjah dan ia berhenti di semua stesen sebelum mengakhiri perkhidmatannya pada pukul 6 petang.

Sepanjang tempoh itu, ia membawa 16,000 jemaah haji dengan melalui sembilan stesen.

Fida menambah, peringkat kedua pula ia membawa 340,035 jemaah haji dari Mina ke Arafah, bermula pada pukul 8 malam pada 8 Dzulhijjah dan berakhir 11 pagi pada hari Arafah.

Peringkat ketiga metro itu bermula pada pukul 7 petang pada hari Arafah semasa Nafrah ke Muzdalifah dengan membawa 353,000 jemaah haji.

Fida berkata: “Bagi peringkat keempat, jemaah haji diangkut untuk melontar batu Jamarat Al-Aqabah melalui stesen Jamarat. Pada peringkat ini, kami dapat melebihi sasaran dan membolehkan 377,199 jemaah haji untuk melemparkan Jamarat Al-Aqabah dalam rekod masa”.

Tahap ini bermula pada pukul 1 pagi pada 10 Dzulhijjah dan berlarutan sehingga 9 pagi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA), Jalal Bin Abduljaleel Kaaki berkata, pada tahun ini MRDA mengupah lebih 15,000 pekerja untuk pengurusan orang ramai di Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro.

Kaaki berkata, pelan menguruskan jemaah haji tahun ini telah menyumbang secara berkesan kepada kejayaan pergerakan jemaah haji ke Ascent dan Nafrah dan ke Kompleks Jamarat, sekali gus mencapai matlamat MRDA. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.