Para penumpang membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. - Agensi

HONG KONG – Lapangan terbang Hong Kong dibuka semula pada hari Selasa tetapi pengendalinya memberi amaran bahawa pergerakan penerbangan akan terus terjejas, selepas China mengatakan protes anti-kerajaan semakin meluas menyebabkan penerbangan terpaksa dihentikan susulan “peningkatan keganasan”.

Notis itu diterbitkan pada aplikasi mudah alih rasmi Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 6 pagi (2200 GMT Isnin).

Lapangan terbang Hong Kong antara yang paling sibuk di dunia menyalah tindakan penunjuk perasaan sehingga menyebabkan penerbangan pada hari Isnin terpaksa dihentikan.

“Lapangan terbang Hong Kong akan melaksanakan penjadual semula penerbangan dengan pergerakan pesawat dijangka terjejas,” katanya.

Tempoh penutupan lapangan terbang adalah tidak jelas kerana para penunjuk perasaan sudah ‘menawan’ balai ketibaan sejak lima hari lalu dalam keadaan aman.

Kebanyakan telah meninggalkan balai itu sejurus selepas tengah malam, dengan kira-kira 50 penunjuk perasaan masih ada pada pagi Selasa. – MalaysiaGazette