Cuaca panas dan terik melanda di Midwest. foto Agensi

ALABAMA – Ramalan kaji cuaca memberi amaran panas terik dan gelombang haba yang melanda Amerika Selatan dan Midwest, yang mana indeks haba pada hari Isnin (12 Ogos) menghampiri 48.9 darjah celcius di satu bandar dan tempat-tempat lain turut menyaksikan peningkatan suhu.

Dengan suhu kira-kira 37 darjah C pada tengah hari dan “berasa seperti” suhu melambung lebih tinggi, bahagian-bahagian lain di 13 negeri – dari Texas, Louisiana dan Florida di Selatan ke Missouri dan Illinois di Midwest, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Kawasan lain yang turut mengalami panas terik ialah Louisiana, Arkansas, Mississippi dan Oklahoma.

Indeks panas meningkat kepada 48.3 darjah celcius pada lewat tengah hari di West Memphis, Arkansas; dan sehingga 47.7 darjah celcius di Clarksdale, Mississippi.

Bacaan sama dijangka di timur Oklahoma.

Di Alabama, suhu mencecah 37.7 darjah celcius dengan indeks panas 41.1 darjah celsius pada tengah hari di Birmingham.

Lelah dan strok haba adalah ancaman utama pada masa ini.

“Anda lebih cenderung untuk mengalami penyakit haba lebih cepat dalam jenis cuaca begini, apabila ia benar-benar terik dan panas,” kata Gary Chatelain, ahli meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan yang berpangkalan di Shreveport, Louisiana.

Susulan itu, stesen sejuk dibuka di beberapa kawasan termasuk di Tulsa, Memphis dan Little Rock, Arkansas.

Di utara Alabama, amaran panas terik telah dikeluarkan buat kali pertama dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Amaran itu lebih serius berbanding nasihat tentang gelombang haba.

Rantau ini paling sukar alami gelombang panas, akan mengalami lebih banyak hari setiap tahun apabila indeks haba melonjak memandangkan kesan perubahan iklim meningkat, kata para saintis.

Dari segi sejarah, bandar-bandar seperti Austin, Texas; Baton Rouge, Louisiana; Jackson, Mississippi; dan Tallahassee, Florida mengalami kurang daripada satu minggu setiap hari, setiap tahun apabila indeks haba melebihi 41 darjah celcius.

Sekiranya tiada tindakan diambil untuk menghentikan perubahan iklim, bilangan hari panas itu akan melambung di bandar-bandar dan lain-lain tempat, menurut satu kajian baru-baru ini oleh Union of Scientists Concerned. – MalaysiaGazette