Nora Anne Quoirin

KUALA LUMPUR – Pasukan polis menemui mayat dipercayai seorang wanita ketika misi pencarian remaja perempuan Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun polis belum mengesahkan identiti mayat yang ditemui berhampiran gunung Berembun itu.

Nora hilang dari bilik penginapannya Hotel Dusun Seremban pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis yang mengetuai pasukan SART itu mengesahkan mayat ditemui jam 1.57 petang tadi iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi asal remaja itu hilang.

Pasukan polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum menemui mayat perempuan berkulit putih yang dalam keadaan sempurna.- MalaysiaGazette