Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah
Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

KUALA LUMPUR – Sayap Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Wira Putra Malaysia selari dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong adalah pertubuhan Cina yang sememangnya rasis.

Menurut Naib Ketua penaja, Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah, perkataan dan sikap rasis itu sinonim dengan Dong Zong kerana apa sahaja dilakukan orang Melayu Islam, pertubuhan itu tidak pernah bersetuju, termasuk mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan khat Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

Ujar beliau, sejurus sahaja Dr. Mahathir membuat kenyataan itu, Penasihat DAP dan Presiden MCA masing-masing dalam kenyataan menyangkal kenyataan perdana menteri dengan pelbagai retorik politik bagi mempertahankan kenyataan Dong Zong yang dilihat bersifat “Islamophobia”.

Menurutnya, Wira Putra merasa pelik kenapa punggung DAP dan MCA terasa panas dikala Dong Zong diserang dan dikatakan rasis, walhal mereka berdiam seribu bahasa di saat Dong Zong mengeluarkan kenyataan bersifat Islamophobia.

“Adakah ini bermaksud MCA dan DAP menyokong kenyataan Islamophobia yang dikeluarkan oleh Dong Zong?,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau menyatakan, Wira Putra memberi amaran kepada pihak yang cuba menanam rasa benci terhadap agama Islam termasuk tulisan Jawi yang bakal diperkenalkan di sekolah.

Tegasnya, jangan semarakkan api perkauman di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan menghasut seperti apa Dong Zong lakukan apabila menyatakan langkah perkenalkan tulisan Jawi sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.

Kenyataan seperti itu, tegas beliau, akan menimbulkan rasa marah orang Islam di negara ini yang boleh menjurus kepada retaknya keharmonian kaum yang telah terbina sekian lama di negara ini.

“Wira Putra menyeru kepada kerajaan meneruskan langkah memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah dan mewajibkan setiap pelajar harus mengambil mata pelajaran itu.

“Usah berkompromi dengan pihak rasis yang cuba membawa sifat ‘Islamophobia’ di negara ini,” katanya yang turut mengingatkan DAP dan MCA agar menghentikan polemik Islamophobia dalam agenda politik mereka yang boleh menggugat keharmonian antara kaum di kalangan rakyat majmuk di negara ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.