Dude Harlino

JEDDAH – Selain penyanyi Wany Hasrita dari Malaysia – seorang pelakon terkenal Indonesia, Dude Harlino juga dijemput menunaikan haji oleh Kementerian Arab Saudi.

Pelakon sinetron itu ketika ditemui selepas melontar jamrah hari terakhir semalam meluahkan rasa syukurnya kerana selesai melakukan ibadah tersebut.

“Baling kerikil (batu kecil) di jamrah tujuh kali bermakna kita membuang sifat buruk kita.

“Alhamdulillah, moga-moga kita dapat haji mabrur dan terima kasih kepada pihak kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Jemputan itu, menurut Dude telah memenuhi impiannya menunaikan haji kerana sebelum itu dia telah menunaikan umrah bersama isterinya, Alyssa Soebandono.

Antara sinetron lakonan Dude terkenal ialah Istri-Istri Akhir Zaman dan Cinta Anak Cucu Adam.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.