Gambar hiasan

TOKYO – Jepun mengeluarkan nasihat pengembaraan kepada warganya yang mahu melawat Korea Selatan menjelang ulang tahun penting minggu ini.

Amaran itu meminta mereka berhati-hati dengan keselamatan masing-masing memandangkan hubungan antara kedua-dua negara itu semakin buruk disebabkan isu perdagangan dan sejarah lampau.

Korea Selatan akan menyambut hari memperingati gadis dan wanita yang terpaksa bekerja di rumah pelacuran semasa perang Jepun pada 14 Ogos dan 15 Ogos pula adalah hari pembebasan nasional dari pemerintahan Jepun dari tahun 1910 hingga 1945.

Kementerian Luar Jepun menasihatkan rakyatnya di Korea Selatan dan pelancong untuk berjaga-jaga dan mengelak melalui kawasan-kawasan yang ada kaitan dengan perhimpunan dan protes yang dijadual berlangsung pada hari Rabu dan Khamis.

Kementerian itu telah mengeluarkan nasihat pengembaraan yang sama pada awal bulan ini menjelang jangkaan tunjuk perasaan berhampiran Kedutaan Jepun atau Konsulat di Korea Selatan.

Hubungan antara kedua-dua negara telah merosot sejak keputusan Mahkamah Agung Korea Selatan tahun lalu memerintahkan syarikat-syarikat Jepun membayar pampasan kepada warga Korea Selatan yang ditugaskan sebagai buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.

Jepun pula mengancam Korea Selatan pada hari Selasa lalu untuk menghapus status dagangan cepat, dengan menteri industrinya mendakwa Seoul gagal menjelaskan alasannya untuk langkah terbaru dalam pertikaian perdagangan yang semakin meningkat.

Tindakan Seoul itu adalah maklum balas kepada pengumuman Jepun pada bulan ini untuk menggugurkan Korea Selatan daripada “senarai putih”negara-negara yang telah menikmati sekatan perdagangan minimum. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.