KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International terpaksa di tangguhkan selama 3 hari selepas tertuduh, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami jangkitan kuman mata ‘konjunktivitis’ malam tadi.

Menurut ketua pasukan bela Najib, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah, beliau telah mendapat panggilan telefon daripada bekas Perdana Menteri itu awal pagi tadi yang memberitahunya tentang perkara tersebut.

Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib mempunyai sijil cuti sakit daripada pakar mata dan memerlukan tiga hari bagi jangkitan mata itu kembali pulih.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram kemudian bangkit bangun menyokong keterangan Shafee Abdullah dengan mendedahkan pihaknya juga telah menerima foto jangkitan mata Najib pagi tadi.

MGF14082019_KES SRC_06

Antara dokumen yang dibawa ke perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 14 OGOS 2019“Jangkitan itu nampak ‘teruk’ sekali pada kedua-dua mata, kita juga sokong untuk permohonan tangguhan perbicaraan memandangkan konjunkvitis ini mampu merebak dan mungkin juga kita semua akan dijangkiti,” katanya kepada Mohd Nazlan.

Mohd Nazlan kemudian membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga Jumaat ini kerana tidak mempunyai ‘pilihan lain’ dan prosiding dijangka bersambung pada Isnin 9 pagi ini.

Najib yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta ini sudah masuk hari ke-53 prosiding dengan saksi ke-57 memberi keterangan. –MalaysiaGazette