Ribut Krosa melanda barat Jepun. Foto Agensi

TOKYO – Hujan lebat melanda barat Jepun pada hari ini disebabkan ribut Krosa.

Ia menyebabkan beratus-ratus jadual penerbangan dan keretapi terpaksa dibatalkan.

Malah, 600,000 penduduk dinasihatkan untuk berpindah disebabkan potensi kawasan penempatan mereka hampir banjir.

Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa jumlah hujan di sesetengah kawasan boleh melepasi 1,000 milimeter dalam masa 24 jam hingga pagi Jumaat.

Krosa menyebabkan angin kencang dari 108 hingga 144 kilometer kilometer sejam ketika ia melanda barat Jepun di Hiroshima, kata Jabatan Meteorologi Jepun.

“Memandangkan ramalan hujan sangat lebat dan angin kencang, kami meminta penduduk di kawasan yang terjejas untuk mengelak dari keluar dan membuat persediaan awal untuk berpindah jika perlu mengikut arah pihak berkuasa tempatan,” Yoshihide Suga , Setiausaha Ketua Kabinet pada sidang media.

Meskipun hujan lebat, setakat ini belum dilaporkan banjir berlaku.

Cuma seorang lelaki dewasa dalam keadaan kritikal selepas tergelincir dari dermaga dan jatuh ke dalam laut.

Lebih 200 orang meninggal dunia semasa hujan lebat dan banjir di bahagian barat Jepun pada tahun 2018, akibat daripada ribut Krosa. – MalaysiaGazette