Pada 6 Julai lepas, Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) menunaikan impian Annas Mikail untuk melihat haiwan dan rama-rama di Zoo Taiping & Night Safari di Taiping.

PARIT BUNTAR – Pesakit leukemia kronik Annas Mikhail Abdullah, 3, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang awal pagi ini.

Neneknya, Faridah Wan Chik, 48, berkata Annas Mikail dimasukkan ke hospital itu pada pukul 9 malam tadi setelah mengalami kesakitan akibat penyakit yang dihidapinya.

“Saya membawa Annas Mikail bagi mendapatkan rawatan dan dia disahkan meninggal pada pukul 1.36 pagi ini. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Annas Mikail, anak sulung daripada tiga beradik, disahkan menghidap kanser leukemia kronik sejak berusia enam bulan.

Faridah berkata jenazah Annas Mikail akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Kampung Tanah Kebun, Simpang Lima dekat sini pada pukul 10 pagi ini.

Pada 6 Julai lepas, Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) menunaikan impian Annas Mikail untuk melihat haiwan dan rama-rama di Zoo Taiping & Night Safari di Taiping.

Presiden Foccan Maznah Tayib berkata usaha membawa Annas Mikail itu merupakan tanggungjawab sosial pihaknya sebagai menunaikan impian terakhir Annas Mikail apabila doktor mengesahkan kesihatan Annas Mikail semakin merosot.

— BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.