TERKINI : “Usus Bocor” Punca Nora Anne Mati

SEREMBAN – Kematian warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui di Pantai, di sini, Selasa lalu disebabkan oleh kebocoran usus besar kerana ketiadaan makanan dalam tempoh panjang dan stress berpanjangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi mendapati Nora Anne telah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu.

“Punca kematian sebenarnya adalah disebabkan oleh kebocoran pada usus besarnya disebabkan tiada makanan dalam tempoh yang panjang dan disebabkan oleh stress berpanjangan.