WASHINGTON – Tindakan Israel melarang dua ahli Kongres wanita melawat negara itu menyaksikan ia dikritik parti Demokrat dan kumpulan-kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat (AS).

Rashida Tlaib yang berketurunan Palestin-Amerika serta ahli kongres Minnesota kelahiran Somalia, Ilhan Omar bersama satu deligasi merancang untuk melawat Israel pada Ahad ini.

Bagaimanapun, semalam Israel mengumumkan negara itu tidak akan mebenarkan lawatan tersebut.

Di bawah undang-undang Israel, kerajaan negara itu boleh menafikan pengeluaran visa kepada warga asing yang secara terang-terangan memboikot Israel.

Keputusan untuk tidak mengeluarkjan visa kepada dua ahli kongres itu diumumkan sejurus selepas Presiden AS, Donald Trump menggesa Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu menyekat mereka memasuki negara itu dengan alasan mereka ‘benci Israel dan semua penduduk Yahudi’.

“Ia akan menunjukkaaan kelemahan yang nyata jika Israel membenarkan Omar dan Tlaib melakukan lawatan,’ tulis beliau.

“Mereka membenci Israel dan semua penduduk Yahudi dan tiada apa yang boleh diperkatakan atau dilakukan untuk mengubah fikiran mereka. Minnesota dan Michigan akan menghadapi kesukaran untuk melantik mereka semula. Mereka memalukan,” katanya yang merujuk kepada negeri yang melantik mereka menjadi ahli Kongres pada 2018.

Presiden itu terus membuat kenyataan selepas keputusan dibuat dengan menulis: “Omar dan Tlaib merupakan wajah parti Demokrat dan mereka membenci Israel,”.

Trump menyerang dua wabita tersebut pada bulan lalu apabila Presiden itu memeberitahu mereka bahawa dua rakan sekerja mereka boleh ‘balik’ ke negara masing-masing. Kesemua empat orang ahli Kongres berkenaan adalah warga AS.

Keputusan untuk menghalang ahli Kongres wanita itu melakukan lawatan adalah tidak dijangka memandangkan kerajaan Israel telah menandatangani perjanian bahawa negara itu enggan menafikan visa kepada kedua ahli Kongres, ketika kekhuatiran terhadap kesan hubungan AS-Israel tercetus.

Pada bulan lalu, Duta Israel, Ron Dermer berkata, kedua-dua ahli Konres itu akan dibenarkan melawat Israel ‘kerana negara itu menghoirmati Kongres AS dan hubungan baik antara Israel dan Amerika’.

Bagaimanapun, sepanjang minggu ini, terdapat petunjuk Netanyahu, yang akan berhadapan dengan pilihan raya pada bulan depan, akan menimbang semula kepurtusan tersebut.

Sementara itu, Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘penghinaan’ dengan menuduh Israel melaksanakan amalan Trump yang melakukan larangan ke atas orang Islam (memasuki AS).

“Menafikan kemasukan ke Israel bukan hanya menghadkan keupayaan kamu untuk mempelajari tentang Israel tetapi juga wilayah Paklestin,’ kata beliau.

Speker Dewan Kongres, Nancy Pelosi turut mengutuk langkah tersebut dengan menggelarnya ‘isyarat kelemahan’.

“Penafian Israel untuk membenarkan ahli mkongres wanita Tlaib dan Omar memasuki merupakan petanda Israel lemah dan tidak bermaruah,”.

Pemimpin majoriti Kongres, Steny Hoyer yang mempinpin delegasi seramai 40 orang ke Israel menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘melampau’.

“Tiindakan ini bertentangan dengan kenyataan dan jaminan yang diberikan kepada saya oleh Duta Israel ke Amerika Syarikat bahawa ‘kerana menghormati Kongres AS dan hubungan baik antara Israel dan Amerika kami tidak akan menghalang kemasukan sebarang ahli Kogres ke Israel,” katanya dalam kenyataan. – Agensi.