TERKINI : “Himpunan Anti Lynas” Boleh Bakar Manifesto PH – Tun Mahathir

SEPANG – Himpunan anti-Lynas pada Ahad ini yang merancang membakar manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi melambangkan kerajaan gagal menunaikan janjinya, tidak akan menyelesaikan apa jua masalah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mengalu-alukan sesiapa yang mahu membakar manisfesto PH itu.

Jelas beliau, kerajaan sebenarnya berurusan secara rasional untuk membenarkan kilang memproses nadir bumi itu untuk terus beroperasi.