Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas mengingatkan mana-mana pihak atau individu, jika tidak mampu berhujah, jangan sekali-kali menzalimi pendakwah bebas antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dr. Zakir Naik mendedahkan hakikat melalui kajian yang dilakukannya secara mendalam, termasuk tidak pernah memaksa sesiapa memeluk Islam.

“Jangan buat kenyataan sembarangan kalau tiada pengetahuan berkenaannya, nanti diketahui siapa yang sebenarnya bodoh.

“Lebih malang lagi sekiranya termasuk dalam senarai orang-orang yang dihukum bodoh oleh Allah,” katanya yang dipetik dari tulisannya dalam Minda Presiden, semalam.

Dr. Zakir Naik kini disiasat oleh polis berikutan beberapa laporan dibuat pihak tertentu berhubung ceramahnya di Kota Bharu, baru-baru ini.

Mengenai seni tulisan Jawi, Ahli Parlimen Marang itu berkata, penganut Islam yang belajar tulisan itu lebih mudah untuk mempelajari al-Quran.

Katanya, dengan mempelajari tulisan Jawi, umat Islam tidak akan buta al-Quran dan tidak sesat dari buta huruf, walaupun bertutur seribu bahasa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast