Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua rakyat Malaysia menandatangani petisyen untuk mengharamkan pertubuhan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) , yang disifatkannya sebagai pertubuhan yang rasis.

Beliau menyuarakan gesaan itu ketika memaklumkan tentang kunjungan Exco Armada Bersatu (Armada), Muzammil Ismail yang mahu mendapatkan nasihatnya berhubung pengharaman persatuan itu.

“Menerima kunjungan exco Armada Pusat Parti Bersatu saudara Muzammil. Beliau datang berbincang dan bertanya pendapat dalam usaha mereka mendesak pengharaman Dong Zong.

“Saya menyokong usaha itu sepenuhnya. Saya mengajak semua (rakyat) Malaysia menandatangani petisyen sokongan pengharaman pertubuhan rasis Dong Zong,” katanya di Facebook semalam.

Awal minggu ini, Armada Bersatu melancarkan petisyen atas talian bagi pengharaman tersebut kerana menganggap Dong Zong sebagai keterlaluan dan mempunyai niat menggugat perpaduan masyarakat. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.