Kapal tangki Grace 1, kini di kenali sebagai Adrian Darya 1 dalam perlayaran ke Mediterranean selepas dilepaskan dari Gibraltar . foto BBC

MADRID – Kapal Iran, Grace 1 yang ditahan di Gibraltar sejak Julai lalu kerana disyaki menghantar minyak ke Syria telah meninggalkan pelaburan tersebut.

Jejak marin menunjukkan kapal tangki itu bergerak ke timur Mediterranean dan destinasinya tidak diketahui.

Terdahulu, Gibraltar menolak permohonan Amerika Syarikat untuk menahan kapal tangki itu yang mana kini telah menukar nama kepada Adrian Darya-1.

Amerika Syarikat telah membuat permohonan pada saat-saat akhir Jumaat lalu selepas sehari Gibraltar menarik semula perintah tahanan.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kemudian memohon untuk menahan kapal di darat kerana ia ada kaitan dengan Pengawal Revolusi Elit Iran yang diiktiraf sebagai kumpulan pengganas.

Gibraltar berkata, ia tidak boleh memenuhi permintaan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan perintah tahanan baharu kerana sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran tidak terpakai di Kesatuan Eropah.

Pihak berkuasa Gibraltar membebaskan kapal itu pada hari Khamis selepas menerima jaminan daripada Iran ia tidak akan melepaskan kargo di Syria.

Ia juga mengatakan bahawa sekatan Amerika Syarikat yang menghalang eksport minyak dari Iran tidak dapat dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah, mencerminkan apa yang dikatakannya adalah “kedudukan yang sangat berbeza dan rejim Amerika Syarikat dan EU”.

Setakat ini belum ada maklum balas daripada Washington.

Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad berkata, dua pasukan kejuruteraan pakar sedang dalam perjalanan ke Gibraltar.

Setakat ini, Stena Impero yang ditahan oleh Pengawal Revolusi Iran pada 19 Julai lalu masih berada dalam tangan Tehran. – MalaysiaGazette