Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bercakap dan beramah mesra dengan IKON MUN 2019 Faizal Ismail (dua kanan) dan Fara Fauzana (kanan) pada sidang media sempena Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN2019) di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 OGOS 2019

KUALA LUMPUR- Semua pihak sepatutnya memilih naratif yang memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur dalam menangani isu Lynas Malaysia Sdn. Bhd. dan bukannya menggunakan emosi.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof, sebagai sebuah negara yang sedang menuju negara maju kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat.

“Kalau betul kilang Lynas itu boleh menjejaskan kesihatan, kita boleh tutup.

“Tetapi pakar-pakar mengatakan ianya tidak merbahaya, jadi tiada masalahlah.

“Kita ikut cakap pakar,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Redzuan, Malaysia sentiasa mengamalkan amalan terbaik dan pastinya boleh menguruskan sisa radioaktif dari kilang berkenaan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang mahukan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan aset masing-masing, Redzuan berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk melakukannya sekali lagi.-MalaysiaGazette