Tuan Rumah Rennes mengejutkan juara bertahan Ligue 1 Perancis PSG apabila menundukkan dengan keputusan 2-1 dalam aksi malam tadi.

PERANCIS – Juara Perancis, Paris Saint Germain kalah mengejut 2-1 kepada tuan rumah Rennes dalam aksi Ligue 1 semalam.

PSG selaku pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan pada minit ke-36.

Kesilapan kapten pasukan Rennes Damien da Silva melakukan penghantaran bola di bek pertahanan mengakibatkan Edinson Cavani mengambil peluang merobek gawang gol lawan.

PSG yang turun tanpa kelibat Neymar mendapat peluang kedua untuk menambah jaringan.

Bagaimanapun rembatan kencang Kylian Mbappe terkena palang gol.

Bagaimanapun keselesaan mereka mendahului tuan rumah tidak kekal lama.

Rennes menerusi Mbaye Niang bangkit segera menafikan jaringan Cavani dengan mengikat kedudukan 1-1 pada minit Ke-44 separuh masa pertama.

Sejurus selepas separuh masa kedua bermula, Rennes dengan segera melancarkan serangan di gawang gol PSG sebelum membuka gol kedua pada minit ke-48 menerusi tandukan kencang Romain del Castillo hasil hantaran Eduardo Camavinga.

Rennes mendapat peluang lagi untuk membuka gol ketiga namun tandukan Jeremy Gelin terkena palang gol lawan.

Walaupun PSG menguasai 61 peratus di atas padang, Rennes menunjukkan kelebihan dan memungut tiga mata penuh.

Rennes juga merobek gawang lawan dengan 11 percubaan dengan 4 percubaan menepati sasaran berbanding 2 untuk PSG.- MalaysiaGazette