KUALA LUMPUR – Dua pemain pilihan disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan, Brendan Gan dan J. Partiban telah disenaraikan untuk menyertai skuad kebangsaan.

Bagi menghadapi tiga perlawanan bermula pada penghujung Ogos sehingga 10 September depan.

Mereka  dijangka menyertai 25 lagi pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk kem latihan pusat sebelum hanya 23 pemain dimuktamadkan untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia akan berdepqn satu aksi persahabatan menentang Jordan pada 30 Ogos dan dua aksi kelayakan bertemu musuh serumpun, Indonesia (5 September) dan UAE pada 10 September.

Selain Brendan Gan dan J. Partiban, Cheng Hoe turut menamakan tujuh pemain baharu menggantikan lima pemain yang digugurkan daripada skuad sebelum ini antaranya Nazirul Naim dan Hadin Azman.

Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim juga kembali dipanggil selain bek sayap Selangor, Syahmi Safari, Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew.

Pemain yang sedang diintai JDT, Danial Amier Norhisham melengkapkan senarai sembilan pemain baru yang disenaraikan.

Lima pemain yang digugurkan daripada skuad sebelum ini adalah Faisal Abdul Halim, Syazwan Andik, Syazwan Zainon, Kenny Pallraj dan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin.

Senarai ini diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman web rasmi FAM dan latihan pusat akan bermula pada 25 Ogos sebelum berdepan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jumaat, 30 Ogos depan.

Turut diumumkan lima pemain dalam senarai menunggu iaitu penjaga gol Khairulazhan Khalid, Amirul Azhan Aznan, Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin serta Syazwan Andik. – MalaysiaGazette