KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengesahkan telah menghantar kertas cadangan pengambilalihan 15 lebuh raya kepada kerajaan.

Selain sayap pelaburan negara itu, beberapa pihak lain turut menghantar kertas cadangan masing-masing untuk dinilai oleh kerajaan.

“Terdapat beberapa kertas cadangan mengenai tol telah dihantar kepada kerajaan termasuk daripada Khazanah sendiri.

“Terserah kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan dan membuat keputusan terhadap tol-tol berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, The News Straits Times melaporkan, kerajaan telah menerima kertas cadangan baharu bagi mengambil alih 15 lebuh raya termasuk PLUS Malaysia Bhd. pada harga keseluruhan RM43 bilion.

Khazanah kemudiannya akan membuka sebuah syarikat khas (SPV) yang dipanggil pemegang amanah lebuh raya yang mana ia akan bertindak bagi pihak kerajaan untuk membeli semua konsesi.- MalaysiaGazette