Lakaran artis projek hartanah Embayu.

KUALA LUMPUR – PRG Holdings Berhad (PRG) melancarkan projek pembangunan hartanah Embayu@Damansara West dengan nilai pembangunan kasar RM270 juta.

Embayu merupakan projek kediaman kondominium bertemakan resort terletak di dalam kawasan seluas 6.5 ekar tanah , menawarkan 650 unit kediaman dengan harga permulaan RM450,000 dengan keluasan dari 1,000 kaki persegi ke atas.

Sesuai dengan namanya, Embayu yang berasal dari dua perkataan iaitu Embun dan Bayu, projek ini menggambarkan konsep pembangunan yang dipenuhi dengan landskap yang mengelilingi kawasan seluas 44,000 kaki persegi landskap hijau.

 

bayu1
Garapan artis kawasan sekitar hartanah Embayu.

Projek pertama yang diceburi PRG dalam segmen hartanah mampu milik itu disasarkan kepada pelbagai kumpulan pelanggan yang mahu memiliki kediaman dengan rekaan dan kualiti terbaik.

Embayu terletak d lokasi strategik dan bakal dikenali sebagai kejiranan baharu muncul bandar baharu Kota Damansara dan Ara Damansara.

Pengarah Urusan PRG untuk Hartanah dan Pembangunan, Datuk Alex Wee Cheng Kwan berkata, akses dan kemudahan, kawasan tersebut dihubungkan dengan dua lebuh raya utama iaitu DASH, Lebuhraya GCE Guthrie, NKVE dan Lebuh raya Persekutuan.

Selain terletak berdekatan dengan Kota Damansara dan Ara Damansara, Embayu juga terletak berdekatan dengan Shah Alam, Persimpangan Subang 2 DASH, lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, dan ia dikelilingi oleh kemudahan yang sudah matang seperti Help University, pasar raya besar Giant, Star Aveue Mall, Segi University Colleges and Thomson Medical Centre. – MalaysiaGazette