TERKINI : Minggu Usahawan Nasional Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung!!! – Pak Wan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan mensasarkan potensi jualan sebanyak RM20 juta dan jualan tunai sebanyak RM500,000 semasa Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN 2019).

MUN 2019 akan diadakan pada pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, pembangunan keusahawanan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi nadi pertumbuhan ekonomi negara.