Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO telah menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan baharu untuk menguruskan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dalam pengurusan baharu syarikat berkenaan selepas menjual sahamnya kepada syarikat swasta pada Februari lalu.

Malah, UMNO juga tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal editoria akhbar tersebut, katanya.

“UMNO amat bersimpati terhadap nasib bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan kakitangan yang ada sekarang.

“Namun pada waktu sama, UMNO tidak mempunyai kemampuan untuk membantu kewangan Utusan yang berada dalam keadaan kritikal kerana akaun UMNO telah dibekukan,” katanya.

Bagaimanapun Annuar berkata, UMNO telah membantu atas dasar simpati dan kemanusiaan kepada kakitangan yang terlibat.

Ujarnya, masalah yang berlaku kepada Utusan merupakan satu permasalahan pengurusan serta perniagaan dan ia tidak harus dipolitikkan sama sekali. – MalaysiaGazette