Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik mendakwanya diri tidak rasis dalam kenyataannya.

Bagaimanapun beliau meminta maaf sekiranya ucapannya mencalarkan hati masyarakat bukan Islam di negara ini.

Apa yang berlaku, kenyataannya sebelum ini ‘digunakan dengan rekaan yang ditambah padanya’.

“Saya selalu mendukung keamanan kerana itulah pendirian al- Quran. Misi saya menyebarkan keamanan ke pelosok dunia. Malangnya, saya turut berdepan pengkritik yang cuba menghalang daripada misi saya,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal hari ini,

Zakir sekali lagi mengulangi kenyataannya telah dipetik di luar konteks sehingga dituduh menyebabkan masalah kaum di negara ini.

Semalam, beliau disoal siasat lebih 10 jam di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur sehingga melepasi jam 12 tengah malam ekoran kenyataannya dalam acara di Kelantan awal bulan ini.

Zakir juga sedih apa yang berlaku menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya rasis.

“Rasisme adalah kejahatan yang saya tolak dengan keras, kerana dalam Quran, ia bertentangan dengan semua pendirian sebagai pendakwah Islam,” katanya.

Dalam ceramah di Kelantan, Zakir mencadangkan pihak sebagai “tetamu baru” diusir patut meminta “tetamu lama” seperti orang Cina berbuat demikian dahulu.

Beliau juga berkata penganut Hindu di negara ini lebih menyokong perdana menteri India berbanding perdana menteri Malaysia.

Zakir bagaimanapun berkata beliau memohon maaf jika kenyataannya itu menguris perasaaan susulan ‘salah faham’ yang berlaku.

“Saya rasa saya perlu mohon maaf kepada semua pihak yang terguris kerana salah faham ini,” katanya sambil menjelaskan tiada niat berbuat demikian.

Beliau merayu masyarakat, terutamanya bukan Islam, mendengar ucapan penuhnyadi YouTube, Peace TV dan aplikasi Peace TV, – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/20/selepas-10-jam-peguam-zakir-naik-maklum-akan-keluar-kenyataan-media/