NEW YORK – Harga minyak dunia stabil selepas pasaran optimis pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin menurun dan berharap kuasa besar ekonomi dunia itu akan melaksanakan rangsangan ekonomi untuk menangkis kemungkinan kelembapan ekonomi.

Harga minyak Brent ditetapkan pada AS$60.03 setong naik 0.5 peratus manakala minyak mentah Amerika Syarikat meningkat AS$0.13 kepada AS$56.34 setong.

Minyak mentah Amerika Syarikat menjadi lebih murah selepas Presiden Donald Trump memaklumkan beliau tidak bersedia membuat perjanjian perdagangan dengan China. – MalaysiaGazette