Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, ACP Wan Rukman Wan Hassan berkata suspek berusia 65 tahun yang merupakan seorang pemandu lori ditahan di lebuhraya Gopeng, Perak, kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir akan didakwa di Mahkamah Kajang esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya mendapat perintah pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya terhadap suspek berusia 40 tahun itu.

“Ya, akan didakwa di Mahkamah Kajang esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas dipetik dari Kosmo! Online hari ini.

Mengulas mengenai khabar angin isteri lelaki tersebut ada menghubungi pihak polis memaklumkan Allahyarham Syed Muhammad Danial membawa kenderaan secara berbahaya semasa kejadian, Ab. Rashid menafikan perkara tersebut.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan pada 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain.

Kejadian dikatakan berlaku akibat kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi di mana mangsa dilanggar.-MalaysiaGazette