Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump dijangka mengumumkan peraturan baharu yang membenarkan kerajaan menahan keluarga pendatang yang mempunyai anak lebih lama.

ABC News yang memetik sumber kanan kerajaan berkata, pengumuman akan dibuat seawal-awalnya Rabu ini.

Perjanjian Flores yang ditandatangani sejak berdekad lalu menyebut kanak-kanak pendatang boleh ditahan selama 20 hari atau kurang.

Awal bulan ini, pentadbiran Trump mengumumkan satu lagi peraturan baharu yang dilihat pakar-pakar sebagai jalan untuk mengurangkan kemasukan pendatang dengan izin kepada separuh dengan menggagalkan permohonan visa dan status penduduk tetap.

Alasan yang diberikan oleh mereka adalah pendatang tersebut terlalu miskin.- MalaysiaGazette