WARSAW – Beberapa orang dilaporkan maut dan cedera selepas disambar petir semasa ribut petir berlaku di puncak puncak Gunung Giewont di selatan Poland.

Petir itu menyambar sekumpulan pelancong yang berada di situ.

Pasukan penyelamat berkata, kejadian membabitkan kira-kira 12 orang termasuk kanak-kanak.

Empat helikopter dihantar di kawasan itu, menurut media.

Stesen televisyen TVN berkata, petir itu dipercayai menyambar besi yang diletakkan di puncak gunung tersebut semasa kebanyakan pendaki sedang berada di sana. – MalaysiaGazette