Polis menahan 13 lelaki termasuk masing-masing seorang warga Rusia dan China selepas disyaki terlibat permainan judi poker di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.-pix hiasan

MANILA – China menggesa Filipina mengharamkan semua bentuk perjudian atas talian ketika Beijing mengalu-alukan penggantungan pengeluaran lesen baharu Operasi Perjudian Persisir Pantai Filipina (POGO).

Kementerian Luar China berkata, perjudian persisir pantai adalah ‘ketumbuhan paling bahaya dalam masyarakat moden’.

“Kami juga ambil maklum pengumuman kerajaan Filipina dan menghargainya. Kami berharap Filipina akan terus mengharamkan perjuadian atas talian.

“Kami berharap ia akan terus memperkukuhkan pelaksanaan undang-undang dengan China dan bersama-masa membenteras aktiviti jenayah termasuk perjudian dalam talian dan penipuan siber.

“Ini akan membantu mewujudkan persekitaran yang baik untuk pembangunan hubungan dua hala dan keamanan serta kestabilan di rantau ini,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang pada sidang media di Beijing.

Baru-baru ini, jurucakap Presiden Filipina, Salvador Panelo memberitahu wartawan bahawa bilangan pengharaman lesen POGO bergantung kepada Presiden, Rodrigo Duterte.

Beliau berkata, perjudian dalam talian dibenarkan di Filipina.

Sebelum ini Philippine Amusement and Gaming Corp. (Pagcor) mengumumkan ia akan menggantung sementara waktu permohonan lesen POGO yang dikendalikan China ketika kebimbangan meningkat terhadap firma perjudian dalam talian.

Setakat ini Pagcor telah mengeluarkan 58 lesen POGO. – Agensi