LAHORE – Pakistan membenarkan Perdana Menteri India, Narendra Modi menggunakan ruang udaranya untuk penerbangan dari New Delhi ke Perancis, menurut laporan media India.

Perdana Menteri India itu akan mengadakann lawatan ke Perancis, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada 22 hingga 26 Ogos ini, lapor Pakistan Today.

Penerbangan Modi, dengan kod Air India One (AI-1) menggunakan ruang udara Pakistan dalam perjalanan ke Perancis.

Pada Februari lalu, Pakista menutup ruang udaranya selepas jet pejuang India mengebom wilayah Pakistan dengan mendakwa kem pengganas terletak di Balakot.

Pakistan terus menutup ruang udaranya selama empat bulan menyebabkan syarikat penerbangan India mengalami kerugian dan ia dibuka semula pada Julai lalu.

Pada Jun lalu, Pakistan memutuskan secara asas untuk membenarkan pesawat yang membawa Modi menggunakan ruang udaranya untuk ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Bagaimanapun, modiu memutuskan untuk tidak menggunakan ruang udara Pakistan. – Agensi