QUITO, Ecuador – Kapal terbang Cessna 182 terhempas di Amazon semalam menyebabkan empat orang meninggal dunia.

Pesawat tersebut membawa seorang juruterbang dan tiga penumpang, kata pihak berkuasa penerbangan hari ini, lapor agensi berita.

Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan ke atasnya sedang dijalankan.

Difahamkan, kapal terbang berkenaan terhempas pada Jumaat lalu berhampiran sempadan Morona Santiago dan Zamora Chinchipe.

Pasukan keselamatan menjumpai mayat ketiga-tiga mangsa semalam selepas operasi mencari dan menyelamat diadakan.- MalaysiaGazette