KUALA LUMPUR – Pahang muncul pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Kemenangan kali keempat berturut-turut yang dilakar skuad kendalian Dollah Salleh itu menyaksikan Pahang mengutip 12 mata maksimum dan mengungguli saingan Kumpulan C.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Pulau Pinang terpaksa berpuas hati dengan satu mata di tempat sendiri apabila diikat 1-1 sama menentang Perak

Sementara itu, FELDA United bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Melaka United (MU) 3-1 pada aksi Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat.

Kemenangan itu sekali gus menghidupkan impian FELDA untuk meraih tiket ke suku akhir. – MalaysiaGazette