TERKINI : AMARAN TEGAS!!! Sentimen Agama dan Kaum – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kumpulan yang cuba mencetuskan ketidakharmonian di dalam negara dengan menimbulkan isu-isu perkauman, keagamaan dan institusi beraja (3R).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan taklimat yang diberikan oleh pihak polis kepada beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jumlah insiden yang tercetus akibat isu-isu 3R meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lepas.