TERKINI : Penyatuan Barisan Nasional, PAS-UMNO Usaha Mengeratkan Silaturahim – Presiden MIC

KUALA LUMPUR – MIC menyokong langkah kerjasama penyatuan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas kerana ia mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Malah, kerjasama yang dilakukan oleh kedua-dua parti itu dapat memberikan keuntungan dalam usaha mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang selain ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penyokong, kata Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran.

“Usaha kita untuk mengeratkan silaturahim ini tidak akan berjaya jika kita hanya bekerjasama dengan UMNO.