ADUN Sentosa, Gunarajah R. George diiringi Pengasas Desam, Gunalan Manium (kiri) menyampaikan Anugerah Wartawan Senior Terbaik kategori wanita kepada Kasturi Jeevan dari Malaysia Gazette pada Majlis Anugerah Pencapaian Media Desam 2018-2019 di Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 24 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Desam Media Achievers Award (DMMA) 2018-2019 merupakan pengiktirafan kepada media dan karyawan khusus untuk masyarakat India di negara ini diadakan dengan meriah malam tadi.

Antara yang telah diberikan pengiktrirafan buat julung kali termasuk portal Malaysia Gazette apabila wartawannya, Kasthuri Jeevandran diberikan anugerah Wartawan Wanita Terbaik Kategori Media Bahasa Malaysia.

Kasthuri yang telah menyertai Malaysia Gazette sejak dua tahun lepas diberikan anugerah berdasarkan berita-berita berbahasa Melayu dengan rata-rata berkisarkan isu-isu komuniti khasnya berkaitan dengan masyarakat India.

Kali ini, sebanyak 130 anugerah telah diberikan dengan memperkenalkan beberapa kategori baharu termasuk media sosial.

Selain itu, beberapa pengiktirafan antarabangsa buat artis luar negara termasuk India dan Singapura.

Pengasasnya, Gunalan Manium yang juga pemilik akhbar Desam dan versi portal, Desam Online mula memperkenalkan anugerah ini sejak tiga tahun lepas dengan matlamat memberi dorongan supaya golongan khasnya media dalam kalangan India terus diberi sokongan.

Ketika ditemui, kata Gunalan, beliau sendiri yang sudah bergelar pengamal media Bahasa Tamil sejak 30 tahun lepas telah memberikan inspirasi untuk menerbitkan akhbarnya sendiri, Desam pada 31 Ogos 2009.

“Anugerah kali ini lebih banyak daripada yang sebelum ini, tambahan sebanyak 30 anugerah malah pada pandangan saya, mungkin tahun akan datang ianya akan ditingkatkan kepada 150 atau 180 kerana pada saya ramai di luar sana yang sungguh berbakat.

“Ianya bukan sahaja sekadar anugerah sebaliknya pengiktirafan kepada setiap pengamal media kita, bukan sahaja wartawan akbar sebaliknya, televisyen, radio, portal malah media-media sosial.

“Juga yang lain-lain termasuk belakang tabir malah kita sebenarnya telah terkenal sehingga luar negara seperti India dan Singapura kerana juga mengiktriraf dan berharap untuk memberikan peluang yang lebih meluas pada masa hadapan.

“Kami juga memberikan pengiktirafan kepada golongan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  serta induvidu yang banyak memberikan sumbangan secara langsung dan tidak apatah lagi apabila membabitkan komuniti India di negara ini.

Beliau berkata demikian sebelum majlis DMMA yang telah di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy di Mahsa Universiti di Putra Saujana malam tadi.

Gunalan menjangkakan DMMA akan di teruskan pada tahun hadapan selain daripada peringkat kajian serta perbincangan untuk mengadakan anugerah di Mauritus pada tahun 2021 kelak selepas mendapat sokongan dari beberapa negara luar pada masa ini.

“Kita akan nama bukan sahaja Desam yang kita banggakan kita sebaliknya anugerah ini akan di bawa ke pelusuk dunia kelak,” ujarnya. –MalaysiaGazette